Ramai yang menggemari kek coklat bersama cheese yang sememangnya sedap dan tahan lama.Boleh di simpan di dalam peti sejuk dan tahan selama seminggu tanpa rasanya terjejas~~~hurmm,,cair di mulut kawan2...
Cara penyediaan yang ringkas ini diharap dapat membantu:)
Bahan-bahannya
CHOCOLATE MOIST CAKE
Bahan A
350 gram butter
1 tin susu cair
2 cawan gula kastor
1 sudu teh coklat emulco
1 sudu teh esen vanilla
Bahan B
*2 cawan tepung gandum
*1 cawan serbuk koko
*1 sudu teh baking powder
*1 sudu teh soda bikarbonat
( Di ayak bersama)
4 biji telur size besarCheese leleh
250 ml cream cheese
1 cawan susu pekat manis
150 ml whipped cream
1 sudu makan jus lemon
Cara-cara penyediaan
Panas kan oven.
Cara buat Kek:
1. Ayak bahan B bersama dan ketepikan.
2. Cairkan 300 gram butter dengan cara double boiler (Api sederhana) .
Kemudian masukkan 1 tin susu cair ke dalam butter yang telah cair.Kacau sebati.
Masukkan 2 cawan gula kastor , esen vanilla dan masukkan coklat emulco. Kacau sebati sehingga gula larut dan padamkan api.
3. Panaskan pengukus (jika ingin dikukus) atau panaskan oven jika ingin di bakar.
Griskan loyang dengan sedikit butter atau marjerin.
4. Pukul ringan telur ayam sampai kembang dengan teknik whisker.
Kemudian, tuang telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan A dan kacau sebati. Masukkan bahan B( tepung + serbuk koko + soda bikarbonat + baking powder ) sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah di gris.
Kukus selama 1 jam .Tutupkan loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak masuk ke dalam kek. Jika menggunakan kaedah bakar, bakar kek pada suhu 250’C selama 45 minit.
Sejukkan kek dan boleh dipotong mengikut saiz mangkuk plastik anda.
Cara buat cheese leleh:
Pukul cream cheese dengan mixer sehingga lembut dan sebati. Masukkan susu pekat manis ,whipping cream dan jus lemon. Pukul lagi hingga sebati dalam 5 minit.
Sapu kan cheese leleh di atas kek yang telah di potong di dalam bekas plastik dan taburkan cheese di atasnya...Sebagai penambahan,taburkan bersama kacang potong semasa cheese masih lembap.Masukkan ke dalam peti ais.....